BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1, 200 Patah Perkataan

Alim dan keluarga pulang ke kampung iaitu terletak di Kajang untuk menziarahi nenek dan datuknya.  Alim berasa amat gembira dan tidak sabar untuk pulang kerana dia ingin bermain dengan itik dan ayam nenek dan datuk di kampung.  Perjalanan pulang ke kampung menggunakan masa selama 30 minit. Setelah tiba di kampung, Alim terus mencari-cari akan itik dan ayam. Maka, dia teus menangis kerana berasa sedih dan marah atas ketiadaan itik dan ayam tersebut. Pada waktu tersebut, ibu, bapa, abang Imran, dan kak Madinah, Aisyah yang tengah sibuk dengan hal masing-masing. Lalu nenek dan datuk memujuk Alim dan menunjukkan reban baru yang dibuat itu. Selepas diberitahu nenek dan datuk bahawa reban dibuat dan diubah tempatnya, maka dia henti menangis dan terus pergi ke arah reban baharu yang terletak 50 meter dari reban lama. Setelah puas melihat itik dan ayam, Alim masuk ke dalam rumah dan terus menangis kerana berasa keliru dengan keadaan rumah dan bersangka rumah nenek dan datuk dia sudah tiada. Dengan ini, nenek memgang tangan Alim dan berjalan sekeliling rumah sambil menerangkannnya. Selepas itu, Alim berhenti menangis dan duduk menonton kartun bersama adik beradiknya. Ibu bapa serta nenek dan datuk berasa sedih dengan keadaan Alim yang menagis tanpa ada sebab. 

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
      Terengganu: Universiti Abd Rahim

Comments