BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

PENULISAN BLOG

Normaliza Abd Rahim (2014) menyenaraikan 10 cara menulis blog yang baik.

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.

2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.

3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.

4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.

5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.

6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.

7. Dapat dibaca dan difahami.

8. Dapat berkomunukasi dengan pembaca.

9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.

10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.


ULASAN

Berdasarkan Normaliza Abd Rahim (2014), terdapat 10 cara menulis blog yang baik yang dibincangkan. Cara yang utama adalah memilih tajuk yang menarik agar dapat menarik perhatian pembaca. Selain itu, cerita yang dihasilkan perlu menarik untuk menarik pembaca membaca blog anda. Malah, blog yang baik dan lebih dapat menarik perhatian pembaca adalah perlu disertakan dengan ayat yang humor dan berbentuk jenaka. Bukan sekadar itu sahaja, penulis blog juga perlu memastikan segala hujahan mereka adalah baik agar dapat menghuraikan penulisan berikut dengan sebaiknya. Isu semasa merupakan sesuatu yang penting, maka cara yang seterusnya untuk menghasilkan blog yang baik adalah sentiasa mengaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Di samping itu, penulis blog juga perlu memastikan perkataan dan struktur ayat yang ringkas agar pembaca lebih memahami penulisan dengan jelas. Tambahan pula, penulis blog juga perlu memastikan penulisan blog mereka mudah untuk dibaca dan difahami oleh pembaca. Hal ini untuk mengelakkan pembaca berasa bosan ketika membaca blog anda. Sesuatu blog yang dihasilkan juga perlu dapat berkomunikasi dengan pembaca iaitu menyampaikan maklumat dalam bentuk komunikasi. Sementelahan pula, nilai moral dan nilai estetika juga merupakan perkara yang penting dan perlu diterapkan dalam sesebuah penulisan blog. Cara yang terakhirnya adalah blog yang dihasilkan perlu berilmu untuk penulisan pendidikan.


RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing: Embracing the Technology.    
      Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti
      Malaysia Terengganu





Comments