Pada hari ahad yang lalu, bapa Alim beli buah-buahan dari pasar tani kerana anaknya iaitu Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah gemar makan buah-buahan. Selepas ayah tiba, mereka makan buah-buahan secara bersama-sama. Tiba-tiba, Alim meminta ibunya untuk memberi sedikit buah-buahan kepada Sulaiman kerana Alim selalu ingat akan pesanan ibunya iaitu berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik. Ibu Alim berasa bangga dengan perbuatan Alim lalu memuji Alim. Lalu ibu Alim menghulurkan buah-buahan tersebut yang inigin diberikan kepada Sulaiman selepas diasingkan ke dalam plastik merah. Alim lalu memberikan plastik yang berisi buah-buahan kepada Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga. Sulaiman mengucap terima kasih dan Alim terus lari ke dalam rumah sambil tersenyum puas. Selepas makan, Alim dan adik beradiknya mengemas rumah. Alim terjumpa dengan Mak Sulaiman ketika membuang kulit-kulit buah-buahan. Mak Sulaiman juga berterima kasih kepada Alim dan mendoakan Alim dan keluarga sihat dan sejahtera.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Abd Rahim
Comments
Post a Comment