MODEL PENCERITAAN "KELUARGA": BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial cerita Kanak-Kanak

(1) Keluarga 

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti 
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik, dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka.


Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.                       Terengganu: Universiti Abd Rahim



     Selepas tamat belajar, Abu tidak mendapat kerja. Maka, dia pulang ke kampung untuk menolong ibu ayahnya. Tiap-tiap hari, Abu bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan untuk adiknya sebelum pergi ke sekolah. 

     Selepas menghantar adik, Abu pergi ke kebun. Abu pergi ke kebun untuk mengutip sayur-sayuran untuk dijual. Selepas balik dari kebun, Abu pergi ke pasar petang untuk menjual sayur yang dikutip itu. Selepas pulang dari pasar, Abu menolong ayahnya mencari rumput untuk kambing-kambing. Pada waktu malam pula, Abu mendidik adik-adinya membuat kerja sekolah. Hal ini oleh dikatakan Abu sibuk sepanjang hari.

    Pada suatu petang, Abu berasa amat letih dan sedih dengan kehidupannya yang tidak berajaya seperti orang lain. Maka, dia menagis di bawah pokok. Mak dan ayahnya ternampak Abu yang tengah sedih, lalu datang memujuknya

    “Wahai anakku, kamu jangan sedih. Cabaran yang kamu hadapi hanya ujian kesabaran yang diberikan oleh Tuhan,” kata ayah. “Anak mak ialah orang rajin dan baik, sentiasa tolong mak ayah, mak ayah sentiasa doakan untuk Abu berjaya,” pujuk mak dengan penuh kasih sayang. Selepas mendengar kata-kata ibu ayahnya, lalu Abu menangis dan memeluk mak ayahnya.

        Pada hari esoknya, terdapat sebuah syarikat menelefon Abu. Abu sangat gembaira dan berterima kasih kepada ibu ayahnya yang sentiasa ada bersamanya.




Comments