RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

     Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian blog di dalam pengajian kesusateraan, blog dalam pembelajaran bahsa dan blog dalam pembelajaran teknologi. 

       Dengan menggunakan blog, terdapat tiga genre kesusuateraan yang dapat dipelejari. Genre-genre tersebut adalah puisi, cerpen skrip drama dan pantun.  Berdasarkan graf, peritus resposden perempuan iaitu sebanyak 80% lebih berminat untuk menulis puisi berbanding peratus responden lelaki iaitu 66.7% . Untuk cerpen pendek pula, peratusan responden wanita sebanyak 96.7% lebih berminat dalam menceburi bidang ini berbanding golongan lelaki yang hanya mempunyai peratusan sebanyak 86.7%. 

       Untuk menulis skrip, golongan lelaki juga kurang berminat iaitu hanya mencapai peratus sebayak 76.7% berbanding golongan wanita yang mencapai peritus senayak 93.3%. Penulisan pantun turut lebih diminati oleh responden wanita iaitu mencapai peritus sebanyak 86.7% berbanding responden lelaki yang hanya mencapai peritus sebanyak 66.7 % Hal ini menunjukkan responden wanita lebih berminat melibatkan diri dalam bidang kesusuteraaan dengan menggunakan blog berbanding responden lelaki. 


     Keduanya, blog dapat digunakan untuk mempelajari bahasa dengan cara menulis surat, meluahkan perasaaan dan menulis teka-teka. Penglibatan responden dalam menulis surat tidak menunjukkan perbezaan yang ketara iaitu responden lelaki (80%) dan responden wanita (83.3%). Manakala dalam penulisan meluahkan perasaan, telah membuktikan responden perempuan lebih berminat meluahkan perasaan melalui kadar peratusan iaitu responden wanita (100%) dan responden lelaki (66.7%). Malah, menulis teka-teka pula disukai oleh kedua-dua responden dan tidak menunjukkan perbezaan yang ketara iaitu responden lelaki (93.3%) dan responden perempuan (96.7%). 

    Menerusi penggunaan blog dapat mempelajari teknologi iaitu dengan cara menyiarkan video, audio dan photo. Berdasarkan graf berikut, 100% responden lelaki dan wanita terlibat dalam aktiviti memasukkan video dan audio ke dalam blog. Hal ini telah menunjukkan bahawa kedua-dua responden suka dan berpuas hati untuk menyiarkan video dan audio mereka. Namun, bagi gambar telah menunjukkan peratusan wanita (100%) lebih tinggi daripada peratusan responden lelaki (93%). 





Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019) Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu

Comments