BBM3410: Pengenalan Bab 2 Twitter Dan Trend Terkini

1) BUKU EH!!! MEDIA SOSIAL

Bahagian B

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negative apabila orang lain membaca penulisannnya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim,2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka focus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. 
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)


            Merujuk kepada Normaliza Abd Rahim (2014) dalam buku “Eh!!! Media Sosial” muka surat 21, pelajar mengalami masalah dalam menulis sesebuah cerita secara individu. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar berasa kurang yakin ketika ingin menulis sesebuah cerita. Mereka berasa kurang yakin kerana mereka berasa malu dan segan ketika penulisan yang dihasilkan oleh mereka itu akan dibaca oleh golongan orang ramai. Dengan ini, sikap negative pelajar berikut secara tidak langsungnya menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk tidak terlibat dalam aktiviti menulis cerita.

            Merujuk kepada Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017) dalam buku “Eh!!! Media Sosial” muka surat 2, telah menyatakan bahawa pelajar lebih minat dan suka belajar secara aktif iaitu melalui aktiviti dalam pembelajaran bahasa. Hal ini demikiran kerana dengan penglibatan aktif falam proses pembelajaran bahasa akan mengelakkkan mereka daripada berasa bosan tidak tertarik terhadap proses pembelajaran berikut. Malah, dengan adanya penglibatan aktif dalam proses pembelajaran akan menimbulkan rasa ingin tahu dan ingin belajar serta terlibat dalam aktiviti pemebelajaran yang diranncangkan oleh para pendidik. Secara tidak langsung, proses pembelajaran secara aktif ini akan menggalakkan pelajar lebih memahami terhadap sesuatu yang dipelajari serta mengelakkan daripada berlakunya salah faham terhadap pengajaran berikut kerana mereka dapat meneroka pengajaran secara sendiri dengan bimbingan para pendidik.





Rujukan:
Noraein Mansor. & Normaliza Abd Rahim. (2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.

Comments