BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana

3. Buku Kajian Wacana

Bahagian A

Nama: Sae Fhean A/P Eh Pal
No Matrik: 196352

                                                         STRATEGI KESOPANAN
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini….
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan
Kesopanan Positif
Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam serratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.
Kesopanan Negatif

Mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botok kosong merata-rata tidak dibenarkan.
Off-record 

Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.

Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)


Bahagian B


Pada hari ahad yang lalu, bapa Alim beli buah-buahan dari pasar tani kerana anaknya iaitu Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah gemar makan buah-buahan. Selepas ayah tiba, mereka makan buah-buahan secara bersama-sama. Tiba-tiba, Alim meminta ibunya untuk memberi sedikit buah-buahan kepada Sulaiman kerana Alim selalu ingat akan  pesanan ibunya iaitu berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik. Ibu Alim berasa bangga dengan perbuatan Alim lalu memuji Alim. Lalu ibu Alim menghulurkan buah-buahan tersebut yang inigin diberikan kepada Sulaiman selepas diasingkan ke dalam plastik merah. Alim lalu memberikan plastik yang berisi buah-buahan kepada Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga. Sulaiman mengucap terima kasih dan Alim terus lari ke dalam rumah sambil tersenyum puas. Selepas makan, Alim dan adik beradiknya mengemas rumah. Alim terjumpa dengan Mak Sulaiman ketika membuang kulit-kulit buah-buahan. Mak Sulaiman juga berterima kasih kepada Alim dan mendoakan Alim dan keluarga sihat dan sejahtera.



Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Abd Rahim







Comments