BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 3 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

Haiiii..... Kawan-kawan..... Meskipun PKP, kita tetap kena belajar yer.... Di bawah merupakan tugasan amali untuk minggu ini..... 


Berdasarkan cerita sosial 3 dalam buku Kajian Wacana, terdapat 3 nilai yang dapat saya kesan. 

1) Rajin

Nilai ini dapat dikesan menerusi ayat yang membincangkan sikap kerajinan Alim iaitu “Alim juga menolong ibu bapanya setiap hari. Alim akan mengutip mainan yang bertaburan di atas lantai.” Berdasarkan ayat berikut, telah menunjukkan bahawa Alim merupakan seorang budak yang rajin mengemas rumah.

2) Bersabar
Nilai ini dapat dikesan menerusi ayat berikut iaitu “Alim tersengih dan cuba menyapu sampah. Akhirnya, dia berjaya menghabiskan kerjanya.” Menerusi ayat dalam cerita sosial 3 ini, telah membuktikan bahawa Alim merupakan seorang sabar untuk bercuba sehingga dapat berjaya mengemaskan rumahnya.

3) Kasih sayang
Nilai ini dapat dikesan menerusi ayat yang diucapkan oleh Alim iaitu “Saya sayang keluarga saya.” Menerusi ayat ini, dapat menggambarkan Alim sangat sayang akan ahli keluarga dan sering mengucapkan sayang kepada ahli keluarganya.



   

        





Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Comments