BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Berdasarkan cerita sosial 2 dalam buku Kajian wacana, terdapat 3 nilai murni yang dapat saya kesan.

1) Kebersihan

Nilai ini dapat dikesan menerusi ayat yang diarah oleh ibu Alim iaitu “Ni, ibu dan sediakan bakul sampah. Letak semua sampah dalam ni ye. Jangan letak merata tempat. Nanti rumah akan kotor dan bersepah.” Berdasarkan ayat berikut, telah membuktikan bahawa keluarga Alim sentiasa menjaga kebersihan di rumah mereka.

2) Baik Hati

Nilai ini dapat dikesan menerusi ayat yang dinyatakan oleh Alim iaitu “Ibu, boleh kita beri Sulaiaman sedikit buah-buahan ini?,’’ Berdasarkan ayat berikut, telah membuktikan bahawa Alim diajar oleh ibunya untuk menjadi seorang yang baik hati dengan cara sentiasa berkongsi barang dengan orang lain. Maka, Alim telah menanam sikap mengongsi barang kesukaannya.

3) Tolong-Menolong

Nilai ini dapat dikesan menerusi ayat yang dinyatakan dalam cerita iaitu “Setelah selesai makan, Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah.” Berdasarkan ayat berikut, telah membuktikan bahawa Alim suka merupakan anak yang suka menolong anggota keluarganya. 
                                                                            

Berikut merupakan tanda-tanda ayat yang membuktikan nilai-nilai tersebut:
  


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.







Comments