BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 4 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)



Hi Kawan-kawan. Dah 2 minggu saya saya bercuti dan tak upload tugasan kat blog. Hari ni, hari ni saya dah ada tugasan multimedia. 


Berdasarkan cerita sosial 4 yang bertajuk “Hati” dalam buku Kajian Wacana, terdapat 3 nilai murni yang dapat saya kesan.

1) Menghormati
Nilai ini dapat dikesan menerusi ayat “Cikgu Anis mengajar Alim untuk hormat pada orang tua. Cikgu Anis mengajar Alim untuk runduk apabila berjalan di hadapan orang tua.” Berdasarkan ayat berikut telah menunjukkan bahawa Cikgu anis telah mengajar Alim agar menjadi seorang yang sering menghormati orang yang lebih tua daripadanya.

2) Berterima kasih
Nilai ini dapat dikesan menerusi ayat yang diujarkan oleh rakan-rakan kelas Alim iaitu “Terima kasih, Alim!”. Berdasarakan ayat ini telah menunjukkan bahawa rakan-rakan Alim telah berterima kasihsebagai tanda penghargaan kepada Alim kerana sudi berkongsi kek cawan dengan mereka.

3) Rajin 
Nilai ini dapat dikesan menerusi ayat yang terdapat dalam cerita 4 iaitu “setelah semua orang makan kek cawan, alim pun duduk di kerusi dan menunggu arahan daripada Cikgu Anis. Alim mahu beljar dengan rajin.” Berdasarkan ayat ini telah menunjukkan Alim merupakan seorang budak yang rajin belajar kerana dia bersedia untuk belajar selepas makan kek cawan.






Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Comments