BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 5 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)

Hi Kawan-kawan. Hari ni, hari ni jom kita sambung dengan tugasan multimedia. 

 

 

Berdasarkan cerita sosial 5 yang bertajuk “Jiran” dalam buku Kajian Wacana, terdapat 3 nilai murni yang dapat saya kesan.

 

1) Peramah

Nilai ini dapat dikesan menerusi situasi di mana Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberi buku kepadanya sambil bersenyum. Berdasarkan tindakan Sulaiman telah menunjukkan bahawa Sulaiman merupakan seorang yang mesra dengan kawannya.

 

2) Pemurah

Nilai ini dapat dikesan menerusi ayat yang dibincangkan dalam teks iaitu “Alim seorang yang pemurah. Alim selalu berkongsi apa yang dia ada dengan Sulaiman. Sulaiaman juga pemurah. Kadang-kadang dia akan berkongsi coklat yang dibelinya dengan Alim.” Menerusi ayat ini, telah menunjukkan bahawa Alim dan Sulaiman bersikap pemurah kerana mereka sentiasa berkongsi barang antara satu sama lain. 

 

3) Bersimpati 

Nilai ini dapat dikesan menerusi ayat dalam teks iaitu “Abang dan kakak sedih melihat Alim dan adik perempuan mereka. Mereka juga menangis.” Berdasarkan ayat berikut menunjukkan bahawa watak “abang”, “kakak” dan “adik” bersimpati terhadap Alim yang tidak sihat itu.









Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Comments