Pada masa yang lalu, Dr Normaliza dijemput menghadiri majlis perkahwinan. Situasi di majlis perkahwinan huru-hara dan setiap orang yang menghadiri tengah sibuk dengan bersembang dengan saudara-saudara yang lama tidak berjumpa. Namun, Dr Normaliza hanya duduk berdiam dan melihat situasi yang huru-hara berikut. Tiba-tiba, datang seorang mak cik dan menegur Dr Normaliza yang sedang duduk di hujung khemah. Mak cik tersebut menegur Dr Normaliza dan menyatakan dia pernah meminum kopi bersam Dr Normaliza di kedai pada waktu kecil dulu. Dr Normaliza tidak dapat mengingati mak cik dan kejadian berikut. Walau bagaimanapun, Dr Normaliza berpura-pura seperti mengingati mak cik tersebut dan situasi yang berlaku pada waktu kecil dulu. Dr Noramaliza hanya menjawab balik soalan yang ditanyakan oleh mak cik tersebut secara umum. Selepas itu, Dr Normaliza naik kereta dan menanya anak-anaknya pernah nampak mak cik tersebut. Selepas pulang ke rumah, Dr Noramaliza menelefon keluarga dan saudaranya tentang mak cik tersebut. Semua ahli keluarga dan saudaranya ingat dan kenal mak cik tersebut kecuali Dr Normaliza. Walaupun berkali-kali dicerita oleh ahli keluarga dan saudaranya, malah dia tetap tidak dapat mengingati mak cik tersebut sehingga kini.
Sae Fhean A/P Eh Pal,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Sri Kembangan,
Serdang, Selangor.
23 Oktober 2019
Menemui adiku, Siti yang berada di Kelantan. Apa khabar? Semoga adiku sihat. Kakak di sini sihat hendaknya. Tujuan kakak menulis surat ini adalah untuk menceritakan sebuah cerita kepada adik.
Cerita kakak adalah mengisahkan 4 ekor bintang iaitu mentadak mentada salamander , siput babi, dan kerengga . Mentadak mentada sangat bangga dengan badannya yang kurus dan cantik itu. Malah, dapat terbang ke sana sini. Mentadak mendata melihat kerengga yang letih membuat sarang lalu menegurnya.
“Wahai, kerengga, hari-hari kau membuat sarang. Apa kegunaan sarang itu, bersia-sia sahaja.’’ Dia mengganggap bahawa sarang itu tidak berguna. “Be persistent and work hard in order to achieve what you want”. Kerengga hanya berdiam diri dan terus menyiapkan sarangnya.
Mentadak mentada rasa haus. Dia terbang ke tepi sungai dan berjumpa dengan siput babi.
“Wahai, siput babi, kau ni memang lambat, baru sampai?” perli mentadak mentada. “Apa kegunaan cengkerang yang besar tu?’’ sambung kata mentadak mentada. Siput babi tidak bercakap apa-apa.
Tiba-tiba, datang seekor salamander yang lapar. Mentadak mentada cuba terbang untuk menyelamatkan diri tetapi gagal. “Aku lapar! Aku nak makan kau,” kata salamander lalu menggulungkan mentadak mendata dengan lidahnya. Mentadak mentada sangat takut dan bergeletar sehingga tidak dapat meminta pertolongan. Siput babi ternampak keadaan itu terus menjerit “Tolong! Tolong!” Kerengga datang dan terus mengigit kaki sesumpah.
“Aduh!” jerit salamander lalu melepaskan mentadak mentada.
Kerengga membawa mendatak mentada ke sarangnya. Siput babi pula masuk ke dalam cengkerangnya. Akhirnya, mentadak mentada baru sedar bahawa setiap haiwan mempunyai kelebihan tersendiri. “Do not look down on others Everyone has their own strengths”.
Sampai sini sahaja kakak bercerita. Kaka akan bersambung lain kali. Adik jangan lupa makan ubat. Sayang adik kakak.
Kakak yang sentiasa jelita
NO. MATRIK: 196352
Comments
Post a Comment